Astagfirullah...sblm ni sy ada post psl bahaya ketawa, bila dingat-ingat ketawa tu slalu dibuat sampai terbahak-bahak...Astagfirullah moga kita diberi petunjuk..sy tak pernah terfikir pula bnda2 begini boleh menghitamkan hati kita...klu kena autopsi hati sy ni mkin dah hitam legam kerana ketawa shj, tu blm msk dosa2 lain lg. Sama2 la kita bnyk2 kan beristigfar dan ingatkan Allah ..Ketawa, perkara kecil yg kita anggap remeh tp impak pd hati kita amat besar...Sy nak kongsi la ckit bagaimana ketawa menurut Islam ni ...Moga-moga ia menjadi pedoman dan panduan kita dalam menjalani hidup seharian...
KETAWA MENURUT ISLAM
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:":Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !" Riwayat Abu Daud.
Kelakar ialah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya ialah jenaka, lawak dan gurau senda. Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.
Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:
a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .
b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.
c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.
d) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.
e) Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat- buat.
f) Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau pada waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.
g) Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang Muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam erti kata yang sepatutnya.
Ada riwayat yang menunjukkan bahawa kebanyakan ketawanya adalah dengan tersenyum, dan apabila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin. Sementara itu, ada juga riwayat yang menyebutkan bahawa ketawa Rasulullah tidak menunjukkan gigi.
Bagaimanapun, semua perlakuan itu cuma sekadar mengingatkan umat Islam selaku umat pendakwah bahawa gurauan, ketawa itu cuma amalan untuk mengurangi ketegangan jiwa. Saidina Ali k.w juga menyebutkan bahawa sesekali kita perlu bergurau untuk menyebabkan jiwa rasa terhibur. Tetapi, ini tidak bererti kita perlu berhibur secara keterlaluan.
(Sumber: http://www.almunshi.com/am/index.php?option=com_content&view=article&id=231:kemahiran-guru-kecindan-dan-ketawa-dalam-islam&catid=31:galeri&Itemid=113 )
P/s: Semoga saudara-saudara Islam di luar sana beringat-ingat dalam setiap perbuatan yg kita lakukan...Wallahualam
No comments:
Post a Comment