Friday, July 17, 2009

pink color ka

salam semua,
Hi semua, kali ni saya nak kongsi dengan korang semua hasil tangan saya yang seterusnya iaitu manik pink color. Sebenarnya masa saya jahit manik ni ,tak rancang pun. Cuma ari tu tak tau napa tiba-tiba saja perasaan 'mesti menjahit manik' tu datang membuak-buak sampai tak tertahan walaupun sebenarnya kerja ku bertimbun sampai bilik penuh dengan kertas-kertas dan yang sewaktu dengannya.Nasib baik la saya ni tak ada roomate, kalau ada mungkin dah hilang ditelan kertas-kertas itu.

Baiklah, idea dan rekaan manik yang saya buat kali ni tak susah dan cuma yang simple-simple saja. Ni semua adalah kerana ilham tu terus datang dan tangan saya pun dengan cepat nya terus menjahit sampaikan otak saya tidak sempat memikirkan rekaan yang lain. oleh itu, rekaan manik kali ni hanya mengambil masa kurang dari 2 jam untuk disiapkan. walaupun begitu, saya puas hati dengan hasilnya. Nampak cantik dan elegan ( saya rasa la). ok check it out

ok, kalau ada kelapangan saya akan jahit baju lain lagi. Jadi sudi-sudikan la diri memberikan komen mengenai hasil kerja tangan saya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...