Friday, July 17, 2009

Backdated Sukaneka Hari Guru

Yosh......
Saya dah lama nak tulis pasal Sukenaka sempena Hari Guru ni sebenarnya, akan tetapi biasalah sibuk sampai terlupa...Walaupun dah lepas tapi pengalaman dalam sukaneka ni betul-betul tidak boleh dilupakan.
Sukaneka ini diadakan sempena sambutan Hari Guru dan ia dibuat dalam bentuk stesen-stesen yang mana setiap stesen itu ada aktiviti yang berbeza-beza. Saya telah ditugaskan untuk menjaga stesen ' Panjangnya Tali' yang mana peserta mesti membuat satu rantaian panjang menggunakan apa saja cara. Kumpulan peserta yang berjaya menbuat rantaian yang terpanjang akan menjadi pemenang. Dan kerana hal ini, hampir-hampir saya dapat trauma. ini kerana sepanjang berlangsungnya sukaneka ini peserta yang datang ke stesen saya kebanyakannya terlalu excited, terlalu bersemangant sampaikan boleh naik gila dibuatnya. Nasib baik la saya ni kuat semangat kalau tidak, dah ada yang di bawa pergi hospital ni. Bukan la nak cakap bersemangat tu tidak baik tapi hari itu memang menakutkan buat saya.Dan itu sememangnya satu pengalaman yang teramat baru buat saya.






p/s : Yang pastinya saya tidak akan menjaga sebarang stesen lagi. Pengsan saya dibuatnya.



pink color ka

salam semua,
Hi semua, kali ni saya nak kongsi dengan korang semua hasil tangan saya yang seterusnya iaitu manik pink color. Sebenarnya masa saya jahit manik ni ,tak rancang pun. Cuma ari tu tak tau napa tiba-tiba saja perasaan 'mesti menjahit manik' tu datang membuak-buak sampai tak tertahan walaupun sebenarnya kerja ku bertimbun sampai bilik penuh dengan kertas-kertas dan yang sewaktu dengannya.Nasib baik la saya ni tak ada roomate, kalau ada mungkin dah hilang ditelan kertas-kertas itu.

Baiklah, idea dan rekaan manik yang saya buat kali ni tak susah dan cuma yang simple-simple saja. Ni semua adalah kerana ilham tu terus datang dan tangan saya pun dengan cepat nya terus menjahit sampaikan otak saya tidak sempat memikirkan rekaan yang lain. oleh itu, rekaan manik kali ni hanya mengambil masa kurang dari 2 jam untuk disiapkan. walaupun begitu, saya puas hati dengan hasilnya. Nampak cantik dan elegan ( saya rasa la). ok check it out

ok, kalau ada kelapangan saya akan jahit baju lain lagi. Jadi sudi-sudikan la diri memberikan komen mengenai hasil kerja tangan saya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...